NEW COLLECTION


Tajuk : Pergilah Air Mata
Pengarang : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel Enterprise

Sinopsis:

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.



Tajuk : Biarlah YM Berbicara
Pengarang : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel Enterprise

Abang Kamal…
Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…


Tajuk : Bini Aku Tomboy Ke?
Pengarang : Arisa Eriza
Penerbit : Kaki Novel Enterprise

Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?


ni lah 3 bijik buku yg aku rembat tuk bulan ni......sekarang aku ngah kemaruk ngan novel terbitan Kaki Novel pulak. Kalau sebelum ni aku suka baca karya dari Alaf 21. Aku kenal2 ngan novel terbitan dari Kaki Novel baru jer lagi. Alkisahnya sebelum ni aku suka baca novel/cerpen online di penulisan2u. Sebelum ni kalau baca novel kat blog ni mesti ceritanya habis ada ending. Ntah mcm mana satu hari 2 aku duk layan citer Pergilah Air Mata (PAM). Ngah syok2 layan tb2 penukis cakap akan dibukukan kiranya sampai kat situ jer dia akan publishkan kat blog tersebut. Aku apalg terus ar email kat penulisan2u cam mana nak dapatkan buku ni. Dah ada kat pasaran belum? Guna tajuk yang sama ke? semangat dol aku jgn main2 ai mmg kaki novel!!!!!. Seb baik pihakm penulisan2u balas email aku. Rupanya novel ni dah lama ada kat pasaran awal tahun lg dah ada. Aku jelah yang ketinggalan huhuhuhu....... dan satu lg novel PAM ni dah banyak kali dicetak. Kiranya memang mendapat sambutan ar novel ni dekat pasaran..

Bila aku dah suka kat penulis ni aku cari lagi karya2 dia kat penulisan 2u. And aku dapat tahu jugak Biarlah YM Berbicara (BYB) pun hasil dr penulis yang sama. Dah lama aku tgk novel ni kat blog tapi xder nafsu pun nak baca. Mungkin sebab tajuk dia kot yg buatkan aku mcm xtertarik sgt. Biasanya aku tgk tajuk dulu baru aku baca. Kiranya kalau tajok cam gempak jer baru ar aku baca kalau x aku pandang sepi. Ok berbalik pada novel BYB ni.....aku pun start ler baca kat penulisan2u...baca baca baca trus aku jatuh hati kat cerita ni jugak. Tak leh jadi ni aku kena g cari hujung minggu ni (time aku baca novel ni kat lappy ar bkn sekrg erk). Itulah kisahnya........

Novel yang last Bini Aku Tomboy Ker? tajuk mcm budak2 kan sempoi gitu.....aku baca kat penulisan2u jugak then sama kes mcm novel2 yang lain akan dibukukan jugak. Pasal novel ni pulak masa aku baca on9 mcm best jer aku sipa gelak2 lg atas katil sorang2 tp bila dah beli buku baca sampai habs....aku rasa mcm xder kepuasan lak. Kiranya novel ni xdapat nak penuhi selera aku sgt ar....aku bagi dalam 3/5 ler......

Aku mencari buku Pergilah Air Mata xjumpa.....hujung minggu yg aku pergi cari novel 2 aku just beli Biarlah YM Berbicara ngan Bini Aku Tomboy Ke? (ni aku beli sebab xde PAM). Then baru minggu lepas aku dapat beli novel PAM ni kat Alamanda putrajaya. Akhirnya ko dapat jugak akhirnya. xcited gler dah dapat malam 2 jugak aku baca n cont pulak esoknya. Trus khatam novel PAM. Mmg xdernya aku peram lama2 or baca 1 bab 1 hari like my mom hihihi. Berkurun baru nak hbs satu buku. Aku punya style bila baca buku mst hbskan time 2 jugak kalau x rasa cam sangkut2 jer. Aku rela xtido malam sebab nak hbskan n banyak kali dah aku xtido sebab nak habiskan novel punya pasal. Ni kes2 hujung minggu jelah. Kadang2 sampai kol 5 am 6am

Next month xtahu lg nak beli novel apa.....dalam pale otak sekarang ngah planni' nak beli komik pulak tuk bulan ni....jangan xtahu ai pun pengemar komik.......bukan ler komik sinchan, doraemon 2 tapi komik cintan cintun by Gempakz tu ler. Syok wei bace sebab karakter caton comel2 ngan citer2 sempoi jer...tahu jelahkan citer jepun cam mana kan.

pesanan khimat masyarakat from ai>>marilah membaca..amalan membaca budaya kita :)


0 Responses